KUCHING: Pantai Damai FC terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menumpaskan Kuching U19 2-0 dalam aksi K-League LSC Musim 2019 di Padang D petang tadi.
Mohd Izzudin Jahidin membuka tirai jaringan buat Pantai Damai FC pada minit ke-17.
Gol kedua Pantai Damai FC hadir pada minit ke-63 menerusi Mohd Adib Salim.
Ketua jurulatih Pantai Damai FC, Samsul Napiah ketika ditemui selepas perlawanan melahirkan rasa bersyukur dengan kemenangan tersebut.
"Alhamdulillah kita masih mengekalkan kemenangan. Tahniah kepada semua pemain kerana memberi sepenuh tumpuan sepanjang perlawanan," katanya.
Menurutnya, perlawanan tersebut menyaksikan anak buahnya terpaksa bekerja keras menentang Kuching U19 yang dibarisi pemain muda.
"Pemain lambat panas dan pada penghujung perlawanan barulah pemain mempamerkan aksi bertenaga," ujarnya.
Walaupun mengekalkan rekod perlawanan 100 peratus, Samsul berkata, beberapa kesilapan masih perlu diperbaiki terutama menentang Kasika CF pada 17 November.
Turut menyaksikan perlawanan tersebut Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
Perlawan lain menyaksukan Rzurf Excellent menumpaskan TSM 3-1 dan SSC PC mengalahkan KSK Satok 2-0.


0 Comments